bismi11.gif (1074 bytes)

waktu kite

Saturday, 20 June 2009

Erti Perkahwinan…

~hanya sekadar gambar hiasan

Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang

paling membahagiakan? cuba kita lihat…dan manakah

pilihan kita???

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

Jika hakikat pernikahan a
dalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada

hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

No comments: