Walaupun hampir 10 tahun berlalu tapi rinduku pada abah tak pernah padam dalam hati .aku cuba utk mengurangkan perasaan rinduku. aku menyibukkan diri menulis & membuat kerja-2ku..meluahkan apa yg terbuku di hati,mencari input-input yang berguna di blog orang lain dan melarikan diri ke suatu tempat supaya aku mampu melawan rinduku pada abah. aku tahu ia hanya sementara tapi sekurangnya aku mampu lawan..
Masih segar dalam ingatanku,seminggu sebelum Abah menghebuskan Nafas yg terakhir..permintaan terakhir abah dari aku...pelukan kasih sayang dari seorang anak...waktu tu aku langsung tak sedar itu ada kali terakhir aku akan bersama abah,peluk,cium & habiskan masa bersama..abah mengadu abah sejuk,aku faham mungkin waktu itu abah kurang sihat..
keesokan harinya abah mengadu lagi..abah dah tak tahan,mak decide kita bawa abah pergi hospital..keadaan abah pun semakain kurang memuaskan..
Bila sampai Di hospital,abah terus di masukan ke dalam wad icu sbb,Dr cakap abah dah teruk..paru-2 abah dah dijangkiti ,buah pinggang abah dah tak berfungsi...
Bertapa sedihnya hatiku..Bila melihat abah t'baring bagaikan sedang tidur nenyak .. Tubuh abah di baluti wayar-2 bagaikan memakai baju yg penuh dgn juraian tali-2 halus..tapi aku tahu abah tggh melawan sakit yg teramat sangat..
Abah masih bertahan di wad icu..everyday aku datang bawa makanan buat mak & bawa adik abil masa itu adik syarhabil masih menyusu badan kecil lagi 1 tahun setengah..
setiap kali aku mahu melangkah ke kamar sakit abah..tubuhku mengigil & hatiku sebak & air mata ku mengalir deras..Tapi mak kuatkan aku,k-na jangan nangis,kalau k-na nangis depan abah,nnti abah sedih...be strong ya kata-2 mak yg masih segar dalam ingatku..doaku tak pernah henti semoga allah berikan kekuatan kepada abahku....
Abah k.na tahu abah sedang melawan kesakit tapi abah tak mampu nak buat apa-2 ..kesihan abah
hari ke-5 &1 hari puasa -mak call aku& mak mintak aku datang ke hospital secepat mungkin..sbb abah sebut nama ku tanpa henti(mmg aku mengakui aku sangat rapat dgn abah)bagaikan anak manja dia,we all very close &banyak masaku aku habiskan bersama abah,aku bagaikan Nurse peribadi abah..Tugasku sama seperti Nurse set time utk abah makan ubat,jaga makan minum abah,sometime kami jalan bersama-2 diwaktu petang(semasa hayat abah ,abah bergantung pada ubat)-3 kali seminggu abah kena buat rawatan hemodialisi-kesian abah sometime abah pengsan & selalu masuk Hospital...mmg dari kecik kami dah biasa Hidup berdikari -tugas mak akan hantar abah 3 kali seminggu dari sepang ke Hospital pantai...mak bergitu kuat & seorang yg sabar ....aku kagum dengan mak dia memang seorang wanita yang cukup kuat,penyabar ,seorang isteri & ibu yg penuh dengan sikap kasih sayang..
lepas saja berbuka puasa kami(aku,abg,mak cik & pakcik ku bergegas ke hospital mak ckp abah 50-50 & abah tak henti panggil namaku..
mak pesan k.na datang,abah nak k-na..dalam perjalanan aku dapat rasakn something yg tk kena ,air mataku mengalir sbb fikirkan abah..sampai di depan hospital aku nampak mak & mak cik berada di van jenazah..ya Allah dalamku hatiku berkata kenapa mak berada disitu..aku kuatkan semangat turun dri kereta mak terus peluk aku &abg ,mak say i'm so sorry abah dah tak ada..ya allah bagaikan aku berada di awangan..ya allah abah,abah pergi tinggalkan k-ku,tubuhku lemah & kaki longlai bagai mahu rebah kebumi,hanya allah yg tahu bertapa sedihku
On the way balik abg peluk aku..abg cuba tenangkan aku... walaupun aku tahu dia juga dalam kesedihan..sepanjang perjalanan kami dalam mindaku teringat kisah-2 aku bersama abah,bergitu indah,manis tak dapat ku lupakan sehingga kini..abah k-na terlalu sayangkan abah,abah tetap dalam hati k-na....tapi Allah lebih sayangkan abah ,k-na redha abah..
k-na Doakan abah bahagia di alam sana,sudah selesai Tugas abah didunia ni,bermula perjalanan baru abah di alam sana..insay'allah bila tiba masanya kami semua akan kembali kepada yg pemilik nyawa kami..
tiba masanya ciuman terakhir utk abah-ciuman kasih sayang dari anakmu Yg tercinta..terima kasih abah atas kasih sayang yg kau berikan..
Abah rinduku padamu tak pernah padam,aku mengharapakan sebelum abah menutup mata,abah medoakan aku dan memaafkan salah silapku selama ini terhadap abah samada sengaja ataupun tak sengaja..ampunkan anakmu
Al-fatihah Buat Abah Ku Yg tercinta
No comments:
Post a Comment